Friday, April 18, 2008

Hebat Seperti Wannard

Aku punya seorang kawan, Wannard namanya. Aku tak pasti sama ada kami masih kawan, sebab sejak Wannard meninggalkan INTEC di pertengahan tahun 2006 untuk ke Kolej MARA Banting kami langsung putus hubungan.

Malam tadi siap saja assignment pukul 2.30 pagi, aku terus ke katil. Pagi ini kelas, aku mahu tidur yang cukup. Namun mata tak mampu lelap, pelik. Lantas aku teringatkan Wannard. Jangan ditanya kenapa, aku sendiri tak pasti. Hafiz dan Danni pasti gelak besar bila terbaca kisahku ini. Aku tak peduli. Gerak hatiku mengarah untuk menulis tentang Wannard.

Wannard yang kukenal ialah seorang yang hebat. Aku patut tambah ‘sangat’ sebelum adjektif ‘hebat’. Di kelas dulu, dia kerap angkat tangan menanyakan soalan. Aku dan yang lain pula cuma duduk menunggu, bilalah kelas nak tamat. Soalan Wannard bukan calang-calang. Aku ingat Mr Rosli Jee pun gementar bila nampak bayang-bayang tangan Wannard. Pernah sekali ujian Specialist Mathematics, hampir seluruh kelas gagal. Pensyarah sendiri tak komen banyak sebab itu memang subjek perah otak. Wannard? Dia dapat 94. Jangan tak percaya. Dengar saja itu aku jadi kecut. Wannard sorokkan kertas ujian itu sebaik mendapatnya, khuatir dianggap takbur aku fikir.

Tapi Wannard pelik. Aku sendiri tak pasti dari sudut mana, tapi ramai yang kurang senang dengan perangainya. Aku tak pernah ada pengalaman buruk dengan Wannard, jadi aku ambil pandangan neutral. Mungkin kepelikan Wannard yang membuatkan dia hebat. Mungkin juga darah Siamnya. Atau mungkin pendekatan pluralnya terhadap agama, itu daripada apa yang aku lihat dan dengar. Di almarinya dulu ada ditampal gambar kuda aneh, kata Wannard itulah Burak. Pelikkan Wannard?

Wannard ialah antara 50 pelajar terbaik Malaysia untuk SPM 2005, tak ramai yang tahu fakta ini. Seingat aku dia ambil 11 subjek, kesemuanya 1A. Aku tertanya kenapa dia cuma ambil 11, pada aku jumlah itu sikit, mudah baginya. Sebagai seorang non-Malay, kemahiran Wannard dalam Bahasa Melayu mengagumkan aku. Bahasa Inggeris bukanlah masalah baginya. Aku percaya Bahasa Siam juga dikuasainya.

Nadee Rahman, Paku Fakhruddin mungkin tak kenal Wannard sebab di INTEC dulu kami budak-budak PETRONAS kurang bergaul dengan yang lain, kelas pun diasingkan. Nageb, Am, Mukhlis dan Dino kenal Wannard kerana mereka semua di Kolej MARA Banting. Tapi aku tak pasti jika mereka kenal Wannard secara dekat. Mukhlis cuma asyik menceritakan apa yang peliknya Wannard. Nageb akui Wannard hebat, tapi aku tak pasti jika dia tahu sehebat mana.

Mungkin, apa yang menyebabkan aku teringatkan Wannard malam tadi ialah satu peristiwa melibatkan dia yang aku lihat sendiri di INTEC dulu. Andai aku disuruh untuk pilih satu cerita yang menggambarkan kehebatan Wannard, aku fikir inilah dia. Satu hari kami belajar Fizik, topiknya aku kurang ingat. Dipendekkan cerita, sebelum balik kami diberi assignment yang perlu dihantar esok harinya. Terkial-kial malam itu cuba menyiapkan. Kerjanya bukan senang, perlukan kefahaman dan pengetahuan mendalam. Rujukan dari internet juga penting. Maka aku habiskan malam itu, daripada selesai solat Maghrib hinggalah kira-kira 2.30 pagi bertungkus-lumus menyelesaikan assignment tersebut. Rehat cuma beberapa minit untuk solat Isya’, diselang-seli dengan gangguan oleh suara lantang Syed Jefrizil yang asyik mengusik Syed Munawir. Syed Jefrizil budak akaun, jadi kerja rumahnya tak banyak. Berbalik kepada cerita asal, selesai saja, perasaan lega yang amat. Rasa mengantuk yang dah lama aku tahan kini boleh dilayan. Tapi sebelum tidur, aku ambil keputusan melawat rakan-rakan. Ada yang masih bekerja, ada juga yang telah selesai. Tapi jawapan daripada mulut Wannard bila aku tanya bagaimana hal assignmentnya mengejutkan aku. Dia baru hendak mula. Katanya, sepanjang malam dia ada kerja lain. Aku cuba bayangkan, kalau aku ambil masa sepanjang malam, mampukah pula dia menyiapkan sebelum hari esok? Ingat, waktu itu 2.30 pagi. Pagi esok kelas bermula pukul 8, Wannard ceria seperti biasa. Aku dapat tahu dia selesai kira-kira jam lima pagi. Masa tidurnya sangat pendek. Namun sepanjang hari itu, Wannard fokus terhadap pelajaran seperti biasa. Kami yang lain parah menahan tidur. Malam tadi aku ke katil pukul 2.30 pagi, Wannard pula pukul 5, tapi kenapa aku pula yang mengantuk? Sampai sekarang aku tiada jawapan. Yang mampu aku buat hanyalah mengakui kehebatan Wannard. Rakan-rakan masih tak percaya hebatnya Wannard?

Tapi aku berjaya juga mengalahkan Wannard dalam peperiksaan pertengahan tahun di INTEC, sebelum dia keluar. Aku mendapat ranking 41. Wannard di ranking 42. Menang tipis tetap dikira menang bukan begitu? Tapi bila dilihat balik, aku kurang berpuas hati. Wannard tahu peperiksaan itu tak bawa kesan, sebab dia akan berpindah ke Kolej MARA Banting. Jadi mungkin dia tak buat sungguh-sungguh. Lagipun bila diteliti, purata markah-markah Wannard lebih memberangsangkan. Mungkin aku menang sebab subjek ESLS, markah lebih mungkin diberi oleh Miss Ong Mee Nee. Aku tak mahu komen lebih. Pokoknya, aku yakin aku tak mengalahkan Wannard dengan adil.

Apapun, Hafiz, Paku, Nageb, Miss Ong dan yang lain-lain bukanlah watak utama dalam cerita ini. Fokusnya adalah Wannard yang hebat. Malam tadi 2.30 pagi aku tak dapat tidur lalu aku teringatkan kisah Wannard yang hanya memulakan assignment fiziknya di waktu sama. Di malam lain, 2.30 pagi dah lama aku di alam mimpi. Jika tidakpun, esok pagi mesti bangun lambat. Tapi pada waktu sama Wannard masih mampu bekerja. Esoknya, dia segar seperti biasa. Nageb gemar juga tidur lambat tapi keesokan harinya, lentok juga dia di kelas. Aku kagum dengan Wannard. Aku mahu jadi hebat seperti Wannard. Tapi perangai peliknya, aku tak mahu ambil.

15 comments:

nadee said...

Salah tu. Saya kenal Wannard. Baik juga dahulu. Dengan kaca mata dan beg yang sering dibimbitnya, dia adalah kawan sekelas ESLS di INTEC dahulu. Walaupun mungkin tidak serapat dengan Wannard sebagaimana anda rapat dengan Wannard, saya juga merasakan dia sangat hebat. Malah, guru ESLS saya juga menyanjungi Wannard dahulu. Sayangnya, Wannard di Intec hanya untuk beberapa bulan sahaja. Tidak sempat saya untuk mengenalinya dengan lebih dekat dan menilai adakah benar Wannard ini pelik.

=p

Raudha Husain said...

Sayang sekali saya tidak sempat mengenali Wannard. Inilah pertama kali saya mendengar namanya. Namun begitu jauh di sudut hati saya berharap agar perjalanan hidup saya dan dia berselisih supaya suatu nanti di masa depan, jikalau namanya terpampang di muka hadapan akhbar, bolehlah saya berkata "oh, itu rakan saya"..
Hahahahahaha

Unknown said...

Saya juga akui kehebatan Wannard. Saya rasa saya boleh katakan yg saya amat kenal dia kerana kami tinggal sekamar. Memanglah dia agak pelik tetapi dia memang sgt bijak & bermotivasi. Dia juga tidak kedekut ilmu & jika anda tanya dia apa jua soalan pasti dia akan tolong terangkan sehingga anda faham. Saya pun nak jadi hebat seperti Wannard! ;)

Izham Ismail said...

coincidence. just had a looong chat with him about how 'cool' it is to be a malay, a malaysian last night.

Anonymous said...

Wannard? aku dulu ingat nama 'Wannard' tu bermaksud pelik..
one stupid generalisation...sume orang hebat-pelik?
haha

Didy and Simone said...

wehh,miss ong tuh suke kau.memang la kau dapat markah tinggi.!ko patut bersyukur die tak lamar kau kahwin je dowh.hahaha.

wehhh,sumpah aku rindu time2 intec and surprisingly wannard juge.!hahaha.

cepe,ko tak rase comment danni tuh agak cacat ke?haha

caliphkaai said...

bicara inggeris meluncur laju,
bicara ibunda indahnya tentu,
bukankah tepat dirimu juga hebat?

mostlyepiphanies said...

Cepe!Anda juga hebat!

(Akibat tidak mengenali saudara ini dan tidak berkongsi pengalaman di intec,maka saya tidak dapat mengakui (attest) akan kehebatannya)

Justeru,fokus saya beralih pada anda.

Dr Potato said...

Hi.. Saya memang tak pasti sama ada saya dapat komen tentang artikel ini.. Sememangnya kalau difikirkan kembali apa yang diceritakan itu memang benar pernah berlaku tapi saya rasa ada unsur banyak 'hiperbola'.. Sori Cepe.. Ni aku dapat tahu tentang blog ko pun sebab Am tunjukkan.. Apapun itu semua Sejarah dah masuk Arkib pun.. Yang di hadapan kita masih tak tahu, betul tak? Especially Exam IB yang akan datang.. hopefully tak da yang terkantoi dan dapat lah fly macam korunk dari INTEC..

Amirul Hafidz said...

First off, Wannard. I did not expect you to be here, but I did get myself ready just in case you reach here. And you did. When you said you're not sure if you can comment on this, I'm assuming it's either you're OK with it, or you feel offended. Allow me to offer my sincere apology if you found any part of this writing as being offensive to you, especially the last sentence. The only thing I can say is I did not mean it. If you know me well, or if you ask those who know me well, they'll tell you that what I wrote reflects what I think, and my intention in writing this is good. Personally, I certainly see no problem with you being unique, as long as it doesn't irritate people. In fact you being unique was probably the reason that leads me to write this and remember you until now.

Next, the brief account that I have written is a personal experience that happened almost two years ago. My memory certainly does not have enough capacity to store every detail of any particular event especially those that happened two years back, but I do try to recall every bit of the story that I can and never did I lie in doing so. So if you ask me, I wouldn't say that I exaggerated the story. Maybe some parts that I remember are not exactly true so I apologize for that. In this particular case, I think you're only being too humble to admit the truth. Haha. Cool la Wannard, there's nothing to be shy of!

Anyway Wannard, I do try to keep track of you all this while, I do ask Nageb about you sometimes whenever we have a chance to talk. Here I'm wishing you all the best with your life endeavours, and do keep in touch!

Aijud, Ainan, thanks but I would appreciate if you guys do not shift the focus. I was telling the story of a wonderful guy here and my intention is just that. But heyy, thanks again.

Didy, kau memang tunggu chance macam ni nak mengata pasal aku kan? Haha. Pasal Danni, no comment. But I think this post somehow makes him motivated la. Haha.

And sorry for the wrong fact Nadee.

caliphkaai said...

maafin deh

Anonymous said...

Wannard in da House!
haha

hakiem bahaman said...

cepe,
wannard, lama gak dah tak dengar citer pasal dia nie.
dlu selalu gak terkonpius. whether he's a muslim? dah la ada sekali dia pakai baju melayu.

i bet icam and fareed once had a long, huge ambitious visions on wannard.
humm..

p/s wannard ko kat mane ek?

btw, cepe. do u remember me?

Amirul Hafidz said...

Hakim, thanks for the comment. The thing is there're more than one Hakim that I know, so I can't be sure which Hakim are you. I'm sorry. Care telling me more about yourself? Thanks.

Didy and Simone said...

cepe,ko tak ingat langsung kan sape.ko tak ingat sape2 name hakim pun kan?

hahaha.lame tak bahan ko.