Let us take one brief moment to give a halt to our festivity mood of the 50th Merdeka just for a little while, take a deep breath, and try to grasp the connotation brought by these verses word by word, and sentence by sentence;
“Perjuangan Belum Selesai”
Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan
Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian
Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjayaakan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.
- Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei
1996)
3 comments:
ironic, for someone who has done the most to undo the foundation of our nationhood that the early leaders fought so hard to put.
mahathir may have come the full circle, he may even redeem his mistakes to some, but we should never forget the damage he left to us.
one of which is the current Prime Minister ha ha ha
visioner:
Err, sorry, I guess I'm just not interested.
Anonymous:
Is that you Rough? Haha. I must say that Mahathir isn't my favourite political leader (neither is our current Prime Minister haha), it's just that I found these verses both as great and meaningful in a way, especially in the current mood.
yeah but cudnt be bothered to sign in.
i never miss the anti globalisation demo in london, though they tend to get violent. still boycott starbucks after all these years, overrated anyway.
yeah just observe, but the ability to march and express your affiliation openly is liberating.
if you are me, after a while you'll move on, but at least i've lived my life, before my life gets dulled by the corporate world :-p
r u coming back this summer? I'm in perth for a week from sunday. i guess u r not around ha ha ha
Post a Comment