Saya terpanggil untuk menulis dalam Bahasa Malaysia, bukanlah sangat kerana mahu berlari sejajar dengan panggilan kerajaan yang kembali memilih untuk menggunakan frasa ini menggantikan Bahasa Melayu yang tiada salahnya dan saya kira lebih kepada suatu bentuk sindiran buat Anwar Ibrahim, tetapi lebih sebagai suatu bentuk kepuasan buat diri sendiri serta bukti jelas saya masih boleh menulis dalam bahasa ibunda dengan baik.
Acap kali kita dengar suku-sakat penulis dan blogger Malaysia yang memilih Bahasa Inggeris sebagai medium bicara dikecam hebat kerana gagal memberikan contoh tauladan terbaik memelihara bahasa ibunda yang kian dipinggirkan. Kata mereka, golongan ini ghairah mengagungkan Bahasa Inggeris sedangkan Bahasa Malaysia mereka sendiri lintang-pukang. Saya bukanlah mahu sepenuhnya bertindak melawan arus, membangkang usul ini, ternyata ada juga benarnya. Tetapi saya kira tidak adil bagi mana-mana pihak melabel dan menyalahkan pihak lain secara total tanpa ada usul periksa. Tidak wajar menujukan tuduhan ini kepada keseluruhan penulis bilamana fakta mengatakan cuma beberapa kerat yang berada dalam situasi seperti digambarkan. Samalah, tidak wajar melabel golongan lelaki sebagai gatal dan sewenang-wenangnya melupakan bekas isteri apabila Pak Lah membuat keputusan berkahwin lagi. Jelas logiknya di situ.
Menyentuh tentang blog saya sendiri, saya ingat saya ada berjanji dengan seorang rakan baik, Chicha untuk cuba menulis dalam Bahasa Malaysia walaupun saya kira janji tersebut bukanlah apa sangat pentingnya. Alhamdulillah, dengan post ini maka telah tertunai janji saya. Secara peribadi saya lebih gemar mengiyakan pandangan seorang lagi rakan, Hadi yang merasakan blog patut lebih bersifat global dan dalam konteks ini, Bahasa Inggeris menjadi keutamaan. Bukanlah mahu memperkecilkan Bahasa Malaysia sendiri, tapi kita akui yang mana satu menjadi pilihan, menonjol di mata dunia di zaman ini. Andai tiba-tiba esok segalanya bertukar dan komuniti global mahukan Bahasa Malaysia di hadapan, tentunya akan wujud arus baru dalam kalangan penulis dan blogger ini dan Hadi sendiri akan menukar pendapatnya memilih Bahasa Malaysia pula. Apabila Hadi menyifatkan blog sebagai global, saya kira ia tidak lain menggambarkan aspirasinya untuk sentiasa maju ke hadapan. Samalah halnya dengan warga penulis, blogger lain yang mahu sentiasa melihat kemajuan. Kita akui kita perlu ambil kira pandangan masyarakat dari benua lain, wilayah lain bila kita mengutarakan sesuatu pandangan, dan dalam proses ini satu-satunya tindakan berkesan ialah menggunakan Bahasa Inggeris. Mampukah agaknya kita menjemput rakyat Britain atau Sri Lanka untuk duduk semeja berbincang tentang dunia, jika terlebih dahulu kita mengharapkan mereka belajar bahasa kita?
Benar, seperti yang saya katakan sebelum ini, ada juga golongan yang terus bertindak mengabaikan bahasa ibunda. Ini yang tidak tidak sepatutnya terjadi. Tetapi dalam masa sama, jangan kita asyik mahu bersengketa dan melupakan golongan yang masih utuh mendukung aspirasi menggunakan Bahasa Malaysia, di samping fasih berbahasa asing. Saya sendiri ada kenalan yang memilih untuk menulis blog dalam Bahasa Malaysia, dan tidak kurang juga ada yang lebih gemar mencampurkan lain-lain bahasa dalam bentuk entri berlainan. Yang memilih untuk menggunakan Bahasa Malaysia, bukan sahaja bahasa mereka terpelihara malah terlalu bagus jika kita amati. Contohnya kenalan baru saya Syuk, ataupun rakan di MCKK seperti Ainan, Syafiq Marzuki ataupun Zaim, yang akhir itu kehebatan Bahasa Malaysianya membawanya hingga menjuarai pidato di peringkat kebangsaan. Pada pandangan saya, golongan inilah yang patut kita angkat. Selama ini kita asyik mahu mencari, menyelar yang silap padahal yang kesilapan itu langsung tidak jelas.

Ternyata, soal bahasa dilihat sebagai agak sensitif, tidak ramai yang mahu membincangkannya secara serius. Saya cuma membawa perkara ini ke ruang yang lebih terbuka dengan hasrat untuk menegakkan kebenaran yang asyik disalahkan.
11 comments:
I sound crappy didn't I?
Haha..
"Samalah, tidak wajar melabel golongan lelaki sebagai gatal dan sewenang-wenangnya melupakan bekas isteri apabila Pak Lah membuat keputusan berkahwin lagi. Jelas logiknya di situ."
tak baik menuduh kan??
saudara amirul, sesungguhnya saya agak kagum dengan penggunaan bahasa melayu anda. tidak sia-sia guru-guru di sekolah anda memberi latihan penulisan. ilmu anda dipraktikkan di luar sekolah juga. malangnya, saya tidak mampu untuk bersetuju pada kenyataan ini buat diri saya.
pada pendapat saya, bertutur dan menulis dalam bahasa melayu merupakan perkara yang sungguh mudah bagi kebanyakan orang melayu. namun, bahagian yang sukar itu adalah untuk bertutur dan menulis dalam bahasa melayu baku. jikalau bahasa rojak, saya yakin tiada siapa yang bermasalah.
marilah kita bersama-sama mendoakan kebahagiaan perdana menteri kita. semoga apabila beliau bahagia, lebih senang baginya untuk menguruskan negara yg mempunyai populasi penduduk sebanyak 22 juta ini.
bahasa jiwa bangsa.
bahasa melayu sebenarnya adalah pokok bahasa di nusantara, manakala rantingnya ialah bahasa jawa, melayu(malaysia), tagalog, bugis, sunda dan lain. Politik demografi yang mengistilahkan bahasa melayu menjadi bahasa malaysia, indonesia, brunei dan sbg.
Orang kita sibuk2 nak berbahasa inggeris. Tapi kenapa kita yang belajar bahasa inggeris ini tak sibuk2 nak terjemah ilmu inggeris ke bahasa melayu, supaya kaya nanti bahasa kita dengan ilmu. Bukankah itu yang dilakukan Jepun, Korea, German, Belanda, Perancis, China dan lain-lain? Bahasa jiwa bangsa. Bahasa juga identiti kita. cintailah Bahasa. Gunalah Bahasa dengan sebetulnya.
p/s: sekadar bising2
Meski berada di rantau orang,nyata saudara penulis masih memelihara seni penulisan dalam bahasa ibunda.
Usaha sebegini nyata menghiburkan hati si pembaca, yang sendirinya berharap dapat memelihara santun bahasa agar tidak ditelan kesibukan menuturkan bahasa orang.
Wakakakakakakaka .. weih weih,sorry arh ekh rakan2 yg berbahasa baku dan skemot2 dan mampos arh apa2 pon ... Disini ingin saya nyatakan,hallamak aih .. dah start dah bm aku .. =p
Sesungguhnya saya diminta oleh saudara amirul untuk memberi sedikit pandangan tentang blog beliau yg ditulis menggunakan bahasa malaysia,dan pada mulanya saya agak terpegun dan TERKASIMA dengan gaya penulisan beliau yg agak melampaui batas imagination (sumpah aku fikir lima minit,x dapat gak maksud dia dalam bm.. sorry arh!) saya ! Sesungguh nya mirul,sungguh bergaya cara penulisan kamu tu .. Saya menghormati anda dan pendapat2 anda .. =] Sekian .. Aku tulis byk2 satgi mau kena kutuk .. Haha . sorry la bro,gua ckp bm rojak jer (afifah 2007) .. But keep on the good work .. Anyway,it doesnt matter bm ke,bi ke .. jepun ke .. idea tu penting .. sama2 kita share ! Kan kaan kaan ? =p
hebat bicaramu...
bahasa itu perlu amali.
sejak diri adalah hakim buat diri kita sendiri...
baikilah yang perlu.
kalau kurang inggeris, dalami lagi...
kalau berlubang melayunya, perhalus tiap-tiap hari...
Dia ciptakan dunia ini mudah...kita yang merumitkan!
Secara peribadinya saya tidak mempunyai masalah menulis dalam Bahasa Melayu.. maaf, Bahasa Malaysia. Namun begitu, saya memilih untuk menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar blog saya kerana saya berasa bahawa blog tersebut bukan hanya untuk orang Malaysia sebaliknya untuk masyarakat dunia? Amboi, tingginya wawasan.. Haha, tak salah bukan?
Berita tentang pengunaan semula istilah Bahasa Malaysia sebagai pengganti Bahasa Melayu amat menrik minat saya sebenarnya. Namun begitu, pendirian saya tentang isu ini lebih kearah menentang. Kenapa? Pertamanya kerana Bahasa Melayu ialah Bahasa Melayu, bahasa orang Melayu. Jika kita lihat di Amerika pun mereka menggunakan istilah English sebagai bahasa mereka walaupun mereka bukannya orang Inggeris. Begitu juga dengan orang Scotland and Ireland. Bahasanya tetap English tetapi mereka mampu menerimanya sebagai bahasa utama mereka. Jika begitu, mengapa tidak Malaysia?
Secara peribadi, saya menulis entri ini atas niat mahu menangkis tuduhan ramai bahawa ramai di kalangan kita tidak fasih berbahasa ibunda, asyik mengagung-agungkan bahasa luar debat mereka. Saya juga bertindak mewakili rakan-rakan lain yang saya kira turut sama terpalit oleh tuduhan tidak berasas itu. Justeru apabila melihatkan komen-komen yang diterima di atas, saya kira telah jelas terang dan nyata hujah yang mana beratnya, bahawa kita masih punya mutu bahasa.
Namun, di sini saya bersetuju dengan pandangan Afifah, betapa majoriti kita tidak punya masalah dalam hal ini, yang dikesali cuma di peringkat pelaksanaannya.
Berkenaan pendapat Teja pula, saya tidak menolak itulah realiti. Kita asyik menuju ke depan, sedangkan yang di belakang sedang nazak minta pimpinan.
Saya juga punya pandangan peribadi seperti Hadi berkenaan dengan penukaran frasa Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia. Kononnya kata kerajaan, usaha ini tidak lain tidak hanyalah untuk memupuk nilai bersatu-padu dalam masyarakat kita yang berbilang kaum. Namun, saya kurang jelas dalam usul ini. Fikir saya, tiada logiknya akan terlintas di fikiran si teman kita yang berlainan bangsa, 'Oh kerajaan dh tukar kepada Bahasa Malaysia, mari kita bertutur dalam Bahasa Malaysia pula supaya kita lebih bersatu-padu' semata-mata kerana penukaran frasa ini. Benar kata Hadi, kita sebenarnya tidak fikir banyak bila bertutur- namakanlah apa saja bahasa yang kita tuturkan itu, kita tetap akan menggunakannya kerana itu sahaja yang kita ada.
Bila dirujuk semula, isi yang saya coretkan bukanlah sangat berkisarkan apa yang diusulkan oleh komentar-komentar di atas, namun saya kira saya berjaya juga membuka ruang lontaran buah fikiran di sini. Alhamdulillah.
entri yang amat membanggakan..syabas..ikhlas..
hurm..how about in chinese?eheh
Post a Comment